Tuesday, June 3, 2008

Isu Karpal : BBPM setuju pandangan Awang Selamat

Isu Karpal: BBPM setuju pandangan Awang Selamat

KUALA LUMPUR 2 Jun - Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) bersetuju dengan pandangan agar Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail perlu memberi maklum balas segera kepada masyarakat berhubung laporan polis yang dibuat terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana menghina Sultan Perak.

Pengerusinya, Osman Abu Bakar berkata, pihaknya amat bersetuju dengan pandangan Awang Selamat dalam ruangan Bisik-Bisik di akhbar Utusan Malaysia hari ini berhubung perkara itu.

"BBPM menganggap kes tersebut sangat serius dan tindakan yang sewajarnya perlu diambil agar institusi undang-undang di negara ini dilihat lebih efisien terutamanya dalam hal-hal berkaitan kedaulatan dan keharmonian kaum di negara ini," kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Beliau mengulas tulisan Awang Selamat berhubung perkembangan kes siasatan Karpal Singh yang didakwa mempersoalkan bidang kuasa Sultan Perak dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury, pada 5 Mei lalu.

Osman seterusnya berkata, BBPM juga bersependapat dengan Awang Selamat supaya Peguam Negara memaklumkan segera hasil siasatan sama ada akan mendakwa Karpal Singh atau sebaliknya.

Utusan Malaysia, 3 Mei 2008


Karpal Singh had acted way out of line when he slandered Sultan Perak. He should be charged in court for questioning the powers of the Sultan.

Why is it now that other races have the nerve to question things they never dared to before in the years of Tun Dr Mahathir's administration?

It shows that the current administration is to lenient and weak.

No comments: